Sabtu, 17 Julai 2021

FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi......

Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding kaedah hidroponik yang pokok terendam dalam air baja dalam tempoh yang lama..... fertigasi adalah kaedah penyiraman automatik yang dapat menjimatkan tenaga manusia......pokok pun taklah terendam lama dalam air baja sebab air baja disiram 2 kali sehari pada pokok......

Jadi projek ni dimulakan dengan membeli set fertigasi di shoppe 😊😊......memandangkan makcik bendi memang zero kaedah pemasangan fertigasi ni....lebih mudah rasanya kalau beli set.....ada panduan pemasangan......dan barangpun lengkap tersedia......

Walaubagaimanapun..... memandangkan makcik bendi memang zero pasal fertigasi dan jawapan daripada seller shoppe kurang membantu, makcik bendi cuba cari di YouTube cara pemasangan set fertigasi daripada zero......Makcik bendi terjumpa dengan video ini......sangat membantu makcik bendi memahami cara memasang set fertigasi yang telah dibeli........

Cara memasang set fertigasi 


Lalu bermulalah projek fertigasi makcik bendi.......


Set fertigasi beli dekat shoppe


Gambar alatan set fertigasi fertigasi yang belum dipasang. Antara alatannya ialah:
1. Tong air baja
2. Paip 16mm
3. Dripper & microtube 1mm
4. Polibeg
5. Pipe connector ( T, elbow, end cap, pipe)
6. Penebuk lubang
7. Pam 
8. Timer 


Projek ni makcik bendi buat pelan-pelan.......nak lepaskan tekanan WFH......alihkan mata daripada menghadap laptop terlalu lama.......projek pun still on progress .......beli barang sikit-sikit.....then tambah......maklumlah.....pokok ambil masa nak besar.....😊😊


25 Jun 2021

Proses menebuk lubang

Langkah pertama....makcik bendi tebuk lubang pada tong air....ini tujuannya untuk salurkan air baja keluar daripada tong....oleh kerana makcik bendi takde mata drill 16mm.....makcik bendi pakai screwdriver aja.........nak tahu macamana.....tengok gambar kat bawah......




Panaskan screwdriver atas dapur gas.....lepas tu cucuhkan pada tong....... sambil-sambil tu boleh ukur elbow 16mm dah boleh masuk tak.......bila dah boleh masuk.....kita dah boleh stop.........



Set up lokasi projek


Bila dah siap tebuk lubang tu.....
Makcik bendi terus letak tong air kat lokasi cadangan penanaman......letak depan rumah....plag dekat dan boleh merangkap jadi hiasan......orang tanam bunga depan rumah......makcik bendi tanam sayur...🤭🤭🤭.....cukuplah kerja untuk sehari ni.......inipun dah berpeluh nak mengerjakannya......nak masukkan paip ke connector tu pun boleh tahan sakit tangannya....kena pastikan tolak habis supaya air baja tak terkeluar nanti


28 JUN 2021

Cocopeat block



Medium penanaman untuk projek fertigasi ni makcik bendi guna cocopeat sepenuhnya......jadi, kerana nak guna banyak......makcik bendi beli cocopeat block 5 kg ni............boleh muat dalam 6 polibeg saiz 16x16........…....lebih berbaloi daripada beli yang guni tu......



Cara guna cocopeat block



Cocopeat block ni adalah sabut kelapa yang telah dimampatkan.......jadi untuk menggunakannya kita perlu rendam dalam air dulu supaya dia mengembang dan jadi  mudah dileraikan............yang makcik bendi buat......rendam dalam air semalaman dalam besen .......esoknya baru makcik bendi leraikan dan masukkan dalam polibeg...........




Cocopeat block yang telah kembang



Inilah rupa cocopeat block yang telah kembang dan sedia untuk dimasukkan ke dalam polibeg..........

Jumaat, 6 Mac 2020

BEKAS KOLAM IKAN


Agak lama dah rasanya makcik bendi tak update aktiviti kebun terkini.......hehe..... aktiviti berkebun masih dijalankan...cuma tak update diblog sahaja......

Dulu kawasan tepi rumah makcik bendi ada kolam ikan....pernah bela ikan keli, talapia dan sepat.....tapi kolam ni dah bocor......dan dipenuhi batu simen bila ada buat kerja renovasi kat dapur.....dicampak nya tukang tu ke dalam kolam ni bekas-bekas simen yang telah dipecahkan ......lagi lah area ni jadi kawasan terbengkalai.........



Ni lah rupanya tapak kolam lama tu

Daripada menjadi area yang takde fungsi....makcik bendi make over kawasan ni jadi kawasan tanaman...... dimulakan dengan kerja tambakan tanah.....(tak sempat ambik gambar).........

Seterusnya kerja menanam pokok........Nilah antara pokok yang makcik bendi tanam.,......

Pokok cekur

Pokok kunyit

Pokok ulam raja

Pokok pudina

Daun kesom

Pegaga



Bayam Brazil



Hasil selepas beberapa bulan dijaga........ jadilah seperti ini,...................

Bayam Brazil dan pegaga

Kunyit, ulam raja, daun pudina dan daun kesom


Alhamdulillah.......nak makan tinggal petik je........ belanja dapurpun dapat dijimatkan........🤗🤗🤗











Isnin, 30 September 2019

POKOK LADA HIDUP

Minggu lepas tak sempat update perkembangan kebun kecil makcik bendi.......hari ni kita sambung perkongsian pengalaman makcik bendi tanam pokok lada besar.....

Makcik bendi masih mengekalkan konsep tanaman 3T+organik ye...........Makcik bendi buat eksperimen masa semai biji benih antara benih yang dibeli dalam paket RM3 dari kedai pertanian dengan biji benih yang diambil terus daripada buah lada merah beli kat pasar yang baru dihiris dan makcik bendi campak terus kat cawan polistrene berisi sabut kelapa yang terendam dengan air baja........ makcik bendi mula menyemai pada 1 September 2019 lagi .....jadi maknanya dah lebih kurang 4 minggu jugalah ........agak-agak korang mana yang tumbuh dulu?.........ni ikut pengalaman makcik bendilah ye.......

Yang ni hasil selepas 3 hari dari benih buah lada merah fresh beli kat pasar

Yang ni pula hasil selepas seminggu dari benih paket RM3 dari kedai pertanian

Jadi kesimpulannya, benih yang fresh beli kat pasar lebih cepat tumbuh...........jadi yang lambat tumbuh tu makcik bendi sulam dengan benih lada fresh beli kat pasar.... tak yah rendam atau keringkan terus je campak dalam cawan polistrene

Yang ni usia semaian lebih kurang seminggu dari sudut atas...banyak jugakan yang tumbuh

Yang ni usia semaian yang sama dari sudut hadapan....tak lepas cawan polistrene lagi


Yang ni usia semaian lebih kurang 2 minggu....dah mula melepasi cawan polistrene

Yang ni usia semaian lebih kurang 3 minggu dari pandangan depan 


 Yang ni usia semaian lebih kurang 3 minggu dari pandangan atas

Masa ni makcik bendi pilih 3 anak pokok terbaik (yang paling tinggi) yang lain terpaksa dibuang untuk mengelakkan persaingan dan supaya pokok lebih cepat besar

Yang ni usia semaian lebih kurang 4 minggu

Ada yang makcik bendi kekalkan 2 daripada 3 pokok....ada yang makcik bendi tinggalkan 1 daripada 3 pokok....untuk eksperimen.....yang pasti....yang tinggal 1 pokok lebih gemuk daripada yang tinggal 2 pokok

Masa ni juga makcik bendi perasan ada masalah kerinting/kerekot terutama pada bahagian pucuk daun......yang ni makcik bendi akan belajar lagi cara selesaikan masalahnya.......nanti makcik bendi update perkembangannya

Masuk minggu ke5 makcik bendi alihkan anak pokok ke tanah....rupa agak layu....pemandangan waktu tengahari .....tak cukup air agaknya.....

Rupa pokok cukup air......sila abaikan semak kat belakang tu.....kawasan tu belum diteroka lagi......


Rupa pokok lada selepas enam bulan......

Pokok lada terkini

Kawasan pokok lada hidup....ada 5 pokok semuanya

Hasil tuaian terkini...... berkilat buahnya


Alhamdulillah.......jimat duit dapur makcik bendi....😎😎😎






Ahad, 15 September 2019

KUNYIT



Kali ni makcik bendi mulakan entri dengan share artikel di atas.................kunyit........kalau kepada gajah pun bermanfaat .......pada manusia apatah lagi ya tak...................

Makcik bendi ingat lagi masa kecik-kecik dulu......kalau setiap kali makcik bendi merayap dalam semak dan kulit rasa gatal-gatal......ayah makcik bendi akan gosokkan dengan kunyit hidup yang telah dibuang kulitnya ke kawasan yang gatal tu..........hasilnya ..................rasa gatal-gatal tadi hilang..............bila dah besar  ni barulah makcik bendi faham kenapa...........

Antara khasiat kunyit :
1. Membantu menghalang pertumbuhan sel kanser
2. Mengawal berat badan
3. Menyembuhkan luka
4. Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
5. Mengawal kencing manis
6. Mengurangkan bengkak
7. Melawan tanda awal penuaan
8. Melindungi daripada penyakit otak (Alzheimer, Parkinson, Huntington)
9. Melawan jangkitan bakteria
10. Menyokong sistem kesuburan badan
11. Menstabilkan sistem hormon
12. Kecutkan rahim selepas bersalin

Cara nak tanam kunyit ni senang je........ambik kunyit yang ada kat dapur tu..........kalau nak cepat tumbuh......ambik yang dah keluar tunas......kemudian, tanamlah atas tanah ke.....dalam pasu ke.......tumbuhlah dia.......makcik bendi tanam dalam pasu macam ni......senang nak jaga.......




Nilah hasil selepas lebih kurang enam bulan ditanam.........rahsia nak daun gebu macam tu........kalau ada masa......siramlah dengan air basuhan beras .....terutama air basuhan yang pertama.........

Bukan takat kunyit je berguna........daun kunyit turut menjadi buruan surirumah terutama masa musim hari raya ketika nak 'merendang'............Di hari hari biasa........daun kunyit boleh ditambah dalam masakan untuk menambah aroma dan menghilangkan bau hanyir ikan / ayam / daging  macam ni......





Haa.....kat atas tu ........resepi simple.......nama dia 'ayam sambal daun kunyit'........makan dengan nasi panas-panas mau bertambah 2 ke 3 pinggan.....marvellous sangat rasa dia.........


Hari ni 27 September 2019......pokok kunyit makcik bendi dah mula mengeluarkan bunga......baru terperasan hari ni masa potong pangkal tangkai daun kunyit yang dah diguna .......


Terfikir pula .......bunga kunyit boleh dibuat apa...........jumpa resepi ni.......

RESEPI KERABU MANGGA BUNGA KUNYIT

bolehla try nanti.......




Sabtu, 7 September 2019

TERUNG PANJANG

Kali ni makcik bendi nak share pengalaman tanam terung panjang pula...........Untuk tanaman terung panjang, makcik bendi guna kaedah 3T + organik.......kalau nak tahu 3T tu apa boleh refer posting terdahulu..........


Untuk anak benih..........makcik bendi guna benih yang dibeli di kedai pertanian yang siap paket tu.........tapi makcik bendi perasan macam lambat sikit dia nak tumbuh.......dan tak semua benih yang ditanam tu akan tumbuh.......masa tanam, makcik bendi terus letak dalam cawan polistrene tu tanpa rendam atau apa........adalah dalam 6 pokok yang menjadi daripada banyak-banyak benih yang disemai.........

Yang kat atas paling kanan tulah anak pokok terung panjang yang makcik bendi tanam guna kaedah 3T.....yang kecik-kecik baru nak naik tu pokok lada hidup yang baru 2 minggu makcik bendi tanam..............bila dah besar sikit terung panjang tu, makcik bendi akan pindahkan ke tanah macam ni.........


Yang hitam-hitam atas tanah tu baja tahi kambing yang makcik bendi tabur tiap-tiap minggu pada pangkal pokok.......tang nilah organiknya tanaman terung panjang makcik bendi......dalam tempoh seminggu perlu disiram setiap hari sementara pokok nak serasi dengan medium baru.....maklumlah, sebelum ni hari-hari terendam dalam air baja AB perlu masa untuk akar pokok hidup dalam tanah.....

Sebelum guna kaedah 3T+organik ni.........makcik bendi pernah cuba tanam dalam bekas botol minyak 5L dan akar pokok kekal terendam dalam air baja......tapi buahnya jadi bantut, pendek, kecik......mungkin sebab pembesaran akarnya terbantut disebabkan saiz bekas yang terhad..................dari situ makcik bendi beralih ke kaedah yang makcik bendi ceritakan tadi........

Selepas lebih kurang satu atau dua minggu dipindahkan ke tanah pucuk bunga akan keluar macam ni.........


Dan tidak lama selepas itu bunga akan berkembang macam ni........


Tak lama selepas itu buah akan mula keluar macam ni.................


Kemudian akan terus membesar dan lagi......dan lagi.......



Antara khasiat terung panjang :

1. Menyihatkan jantung
2. Melawan kanser
3. Menurunkan kolestrol jahat
4. Meningkatkan fungsi otak
5. Darah yang lebih baik
6. Melancarkan pencernaan
7. Membantu penderita anemia
8. Mengawal diabetes
9. Kehamilan yang sihat
10. Kesihatan tulang


Khamis, 5 September 2019

KUCAI

Hari tu masa tengah shopping barang dapur, makcik bendi terserempak dengan satu stall jual kucai untuk ditanam. Satu polibeg  RM5........makcik bendi pun beli satu.....



Kucai ni makcik bendi nak tanam dalam pasu..........Cop pasu untuk tanam kucai........medium pasu pula takde..........makcik bendi ingat nak letak sabut kelapa aja......senang simpan air......tapi dah cari 2 kedai yang biasanya ada jual tetiba takde pulak........cari kat MR. DIY.... ini je yang jumpa



Makcik bendi pun capai ajelah..........bahagian bawah pasu makcik bendi letak tanah bakar ni.......




Selebihnya, makcik bendi penuhkan tanah easy mix tadi................Jadilah macam ni..........


Nanti kita tengok bagus ke tidak easy mix ni......................selepas 40 hari dari sekarang.


Berikut 11 manfaat daun kucai bagi kesihatan :
1. Membantu masalah pencernaan
2. Kesihatan kardiovaskular
3. Meningkatkan daya tahan tubuh
4. Kesihatan tulang
5. Mencegah risiko kanser
6. Kesihatan mata.
7. Mencegah cacat lahir
8. Sistem peredaran darah
9. Anti penuaan
10. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat
11. Merangsang pertumbuhan rambut


Ahad, 1 September 2019

MENANAM CARA 3T

Sebelum mulakan projek, makcik bendi adalah buat bacaan sikit-sikit. Yalah cita-cita besar ...tapi makcik bendi lemah sikit kalau nak guna cara konvensional....nak semailah, nak siramlah, nak
buat bataslah..........

Baca punya baca....makcik bendi jumpa yang paling sesuai dengan jiwa makcik bendi......pertanian yang guna konsep 3T (tanam, tinggal, tuai).....konsep hidroponik.....konsep lama tapi masih relevan pada masa kini...........tak payah guna elektrik

Makcik bendi cari juga di shoppee kut-kut ada yang jual dalam bentuk kit......senang kerja makcik bendi kan......Hasilnya ........... tada!!!......makcik bendi jumpa ni......


Kit ni dijual siap dengan PVC yang siap ditebuk dan dipasang dengan end cap, cawan polistrene, span, sabut kelapa, benih dan air baja. Makcik bendi pun cuba beli satu dulu sebagai percubaan..........

Dengan gigihnya, makcik bendi capai grill dan lekatkan kat dinding dapur makcik bendi. Hasilnya jadilah seperti ini.......


FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...