Makcik bendi ingat lagi masa kecik-kecik dulu......kalau setiap kali makcik bendi merayap dalam semak dan kulit rasa gatal-gatal......ayah makcik bendi akan gosokkan dengan kunyit hidup yang telah dibuang kulitnya ke kawasan yang gatal tu..........hasilnya ..................rasa gatal-gatal tadi hilang..............bila dah besar ni barulah makcik bendi faham kenapa...........
Antara khasiat kunyit :
1. Membantu menghalang pertumbuhan sel kanser
2. Mengawal berat badan
3. Menyembuhkan luka
4. Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
5. Mengawal kencing manis
6. Mengurangkan bengkak
7. Melawan tanda awal penuaan
8. Melindungi daripada penyakit otak (Alzheimer, Parkinson, Huntington)
9. Melawan jangkitan bakteria
10. Menyokong sistem kesuburan badan
11. Menstabilkan sistem hormon
12. Kecutkan rahim selepas bersalin
Cara nak tanam kunyit ni senang je........ambik kunyit yang ada kat dapur tu..........kalau nak cepat tumbuh......ambik yang dah keluar tunas......kemudian, tanamlah atas tanah ke.....dalam pasu ke.......tumbuhlah dia.......makcik bendi tanam dalam pasu macam ni......senang nak jaga.......
Nilah hasil selepas lebih kurang enam bulan ditanam.........rahsia nak daun gebu macam tu........kalau ada masa......siramlah dengan air basuhan beras .....terutama air basuhan yang pertama.........
Bukan takat kunyit je berguna........daun kunyit turut menjadi buruan surirumah terutama masa musim hari raya ketika nak 'merendang'............Di hari hari biasa........daun kunyit boleh ditambah dalam masakan untuk menambah aroma dan menghilangkan bau hanyir ikan / ayam / daging macam ni......
Haa.....kat atas tu ........resepi simple.......nama dia 'ayam sambal daun kunyit'........makan dengan nasi panas-panas mau bertambah 2 ke 3 pinggan.....marvellous sangat rasa dia.........
Hari ni 27 September 2019......pokok kunyit makcik bendi dah mula mengeluarkan bunga......baru terperasan hari ni masa potong pangkal tangkai daun kunyit yang dah diguna .......
Terfikir pula .......bunga kunyit boleh dibuat apa...........jumpa resepi ni.......
RESEPI KERABU MANGGA BUNGA KUNYIT
bolehla try nanti.......