Ahad, 1 September 2019

MENANAM CARA 3T

Sebelum mulakan projek, makcik bendi adalah buat bacaan sikit-sikit. Yalah cita-cita besar ...tapi makcik bendi lemah sikit kalau nak guna cara konvensional....nak semailah, nak siramlah, nak
buat bataslah..........

Baca punya baca....makcik bendi jumpa yang paling sesuai dengan jiwa makcik bendi......pertanian yang guna konsep 3T (tanam, tinggal, tuai).....konsep hidroponik.....konsep lama tapi masih relevan pada masa kini...........tak payah guna elektrik

Makcik bendi cari juga di shoppee kut-kut ada yang jual dalam bentuk kit......senang kerja makcik bendi kan......Hasilnya ........... tada!!!......makcik bendi jumpa ni......


Kit ni dijual siap dengan PVC yang siap ditebuk dan dipasang dengan end cap, cawan polistrene, span, sabut kelapa, benih dan air baja. Makcik bendi pun cuba beli satu dulu sebagai percubaan..........

Dengan gigihnya, makcik bendi capai grill dan lekatkan kat dinding dapur makcik bendi. Hasilnya jadilah seperti ini.......


PERMULAAN

Hari ni makcik bendi nak buat intro tentang minat baru makcik bendi iaitu menanam pokok. Angan-angan makcik bendi nak jadikan kawasan keliling rumah sebagai edible garden gitew. Hahaha.....jangan marah. Moga angan-angan jadi kenyataan.....ameen.

Bukan apa.....makcik bendi sayang tengok sayur-sayur yang makcik bendi beli tiap-tiap minggu tu layu tak bermasak dalam peti sejuk......sudahnya ke tanah semula perginya. Jadi makcik bendi fikir kalau dimanfaatkan tanah sekangkang kera yang ada di sekeliling rumah taklah sakit mata makcik bendi tengok pembaziran berlaku saban minggu ye tak.......

Jadi kalau angan-angan makcik bendi jadi kenyataan lepas ni bolehla petik aja dari keliling rumah bila nak guna untuk memasak........


FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...