Sabtu, 7 September 2019

TERUNG PANJANG

Kali ni makcik bendi nak share pengalaman tanam terung panjang pula...........Untuk tanaman terung panjang, makcik bendi guna kaedah 3T + organik.......kalau nak tahu 3T tu apa boleh refer posting terdahulu..........


Untuk anak benih..........makcik bendi guna benih yang dibeli di kedai pertanian yang siap paket tu.........tapi makcik bendi perasan macam lambat sikit dia nak tumbuh.......dan tak semua benih yang ditanam tu akan tumbuh.......masa tanam, makcik bendi terus letak dalam cawan polistrene tu tanpa rendam atau apa........adalah dalam 6 pokok yang menjadi daripada banyak-banyak benih yang disemai.........

Yang kat atas paling kanan tulah anak pokok terung panjang yang makcik bendi tanam guna kaedah 3T.....yang kecik-kecik baru nak naik tu pokok lada hidup yang baru 2 minggu makcik bendi tanam..............bila dah besar sikit terung panjang tu, makcik bendi akan pindahkan ke tanah macam ni.........


Yang hitam-hitam atas tanah tu baja tahi kambing yang makcik bendi tabur tiap-tiap minggu pada pangkal pokok.......tang nilah organiknya tanaman terung panjang makcik bendi......dalam tempoh seminggu perlu disiram setiap hari sementara pokok nak serasi dengan medium baru.....maklumlah, sebelum ni hari-hari terendam dalam air baja AB perlu masa untuk akar pokok hidup dalam tanah.....

Sebelum guna kaedah 3T+organik ni.........makcik bendi pernah cuba tanam dalam bekas botol minyak 5L dan akar pokok kekal terendam dalam air baja......tapi buahnya jadi bantut, pendek, kecik......mungkin sebab pembesaran akarnya terbantut disebabkan saiz bekas yang terhad..................dari situ makcik bendi beralih ke kaedah yang makcik bendi ceritakan tadi........

Selepas lebih kurang satu atau dua minggu dipindahkan ke tanah pucuk bunga akan keluar macam ni.........


Dan tidak lama selepas itu bunga akan berkembang macam ni........


Tak lama selepas itu buah akan mula keluar macam ni.................


Kemudian akan terus membesar dan lagi......dan lagi.......



Antara khasiat terung panjang :

1. Menyihatkan jantung
2. Melawan kanser
3. Menurunkan kolestrol jahat
4. Meningkatkan fungsi otak
5. Darah yang lebih baik
6. Melancarkan pencernaan
7. Membantu penderita anemia
8. Mengawal diabetes
9. Kehamilan yang sihat
10. Kesihatan tulang


FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...