Isnin, 30 September 2019

POKOK LADA HIDUP

Minggu lepas tak sempat update perkembangan kebun kecil makcik bendi.......hari ni kita sambung perkongsian pengalaman makcik bendi tanam pokok lada besar.....

Makcik bendi masih mengekalkan konsep tanaman 3T+organik ye...........Makcik bendi buat eksperimen masa semai biji benih antara benih yang dibeli dalam paket RM3 dari kedai pertanian dengan biji benih yang diambil terus daripada buah lada merah beli kat pasar yang baru dihiris dan makcik bendi campak terus kat cawan polistrene berisi sabut kelapa yang terendam dengan air baja........ makcik bendi mula menyemai pada 1 September 2019 lagi .....jadi maknanya dah lebih kurang 4 minggu jugalah ........agak-agak korang mana yang tumbuh dulu?.........ni ikut pengalaman makcik bendilah ye.......

Yang ni hasil selepas 3 hari dari benih buah lada merah fresh beli kat pasar

Yang ni pula hasil selepas seminggu dari benih paket RM3 dari kedai pertanian

Jadi kesimpulannya, benih yang fresh beli kat pasar lebih cepat tumbuh...........jadi yang lambat tumbuh tu makcik bendi sulam dengan benih lada fresh beli kat pasar.... tak yah rendam atau keringkan terus je campak dalam cawan polistrene

Yang ni usia semaian lebih kurang seminggu dari sudut atas...banyak jugakan yang tumbuh

Yang ni usia semaian yang sama dari sudut hadapan....tak lepas cawan polistrene lagi


Yang ni usia semaian lebih kurang 2 minggu....dah mula melepasi cawan polistrene

Yang ni usia semaian lebih kurang 3 minggu dari pandangan depan 


 Yang ni usia semaian lebih kurang 3 minggu dari pandangan atas

Masa ni makcik bendi pilih 3 anak pokok terbaik (yang paling tinggi) yang lain terpaksa dibuang untuk mengelakkan persaingan dan supaya pokok lebih cepat besar

Yang ni usia semaian lebih kurang 4 minggu

Ada yang makcik bendi kekalkan 2 daripada 3 pokok....ada yang makcik bendi tinggalkan 1 daripada 3 pokok....untuk eksperimen.....yang pasti....yang tinggal 1 pokok lebih gemuk daripada yang tinggal 2 pokok

Masa ni juga makcik bendi perasan ada masalah kerinting/kerekot terutama pada bahagian pucuk daun......yang ni makcik bendi akan belajar lagi cara selesaikan masalahnya.......nanti makcik bendi update perkembangannya

Masuk minggu ke5 makcik bendi alihkan anak pokok ke tanah....rupa agak layu....pemandangan waktu tengahari .....tak cukup air agaknya.....

Rupa pokok cukup air......sila abaikan semak kat belakang tu.....kawasan tu belum diteroka lagi......


Rupa pokok lada selepas enam bulan......

Pokok lada terkini

Kawasan pokok lada hidup....ada 5 pokok semuanya

Hasil tuaian terkini...... berkilat buahnya


Alhamdulillah.......jimat duit dapur makcik bendi....😎😎😎






FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...