Agak lama dah rasanya makcik bendi tak update aktiviti kebun terkini.......hehe..... aktiviti berkebun masih dijalankan...cuma tak update diblog sahaja......
Dulu kawasan tepi rumah makcik bendi ada kolam ikan....pernah bela ikan keli, talapia dan sepat.....tapi kolam ni dah bocor......dan dipenuhi batu simen bila ada buat kerja renovasi kat dapur.....dicampak nya tukang tu ke dalam kolam ni bekas-bekas simen yang telah dipecahkan ......lagi lah area ni jadi kawasan terbengkalai.........
 |
Ni lah rupanya tapak kolam lama tu |
Daripada menjadi area yang takde fungsi....makcik bendi make over kawasan ni jadi kawasan tanaman...... dimulakan dengan kerja tambakan tanah.....(tak sempat ambik gambar).........
Seterusnya kerja menanam pokok........Nilah antara pokok yang makcik bendi tanam.,......
 |
Pokok cekur
|
 |
Pokok kunyit |
 |
Pokok ulam raja |
 |
Pokok pudina |
 |
Daun kesom |
 |
Pegaga |
 |
Bayam Brazil
Hasil selepas beberapa bulan dijaga........ jadilah seperti ini,................... |
 |
Bayam Brazil dan pegaga |
 |
Kunyit, ulam raja, daun pudina dan daun kesom
Alhamdulillah.......nak makan tinggal petik je........ belanja dapurpun dapat dijimatkan........🤗🤗🤗 |