Sabtu, 17 Julai 2021

FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi......

Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding kaedah hidroponik yang pokok terendam dalam air baja dalam tempoh yang lama..... fertigasi adalah kaedah penyiraman automatik yang dapat menjimatkan tenaga manusia......pokok pun taklah terendam lama dalam air baja sebab air baja disiram 2 kali sehari pada pokok......

Jadi projek ni dimulakan dengan membeli set fertigasi di shoppe 😊😊......memandangkan makcik bendi memang zero kaedah pemasangan fertigasi ni....lebih mudah rasanya kalau beli set.....ada panduan pemasangan......dan barangpun lengkap tersedia......

Walaubagaimanapun..... memandangkan makcik bendi memang zero pasal fertigasi dan jawapan daripada seller shoppe kurang membantu, makcik bendi cuba cari di YouTube cara pemasangan set fertigasi daripada zero......Makcik bendi terjumpa dengan video ini......sangat membantu makcik bendi memahami cara memasang set fertigasi yang telah dibeli........

Cara memasang set fertigasi 


Lalu bermulalah projek fertigasi makcik bendi.......


Set fertigasi beli dekat shoppe


Gambar alatan set fertigasi fertigasi yang belum dipasang. Antara alatannya ialah:
1. Tong air baja
2. Paip 16mm
3. Dripper & microtube 1mm
4. Polibeg
5. Pipe connector ( T, elbow, end cap, pipe)
6. Penebuk lubang
7. Pam 
8. Timer 


Projek ni makcik bendi buat pelan-pelan.......nak lepaskan tekanan WFH......alihkan mata daripada menghadap laptop terlalu lama.......projek pun still on progress .......beli barang sikit-sikit.....then tambah......maklumlah.....pokok ambil masa nak besar.....😊😊


25 Jun 2021

Proses menebuk lubang

Langkah pertama....makcik bendi tebuk lubang pada tong air....ini tujuannya untuk salurkan air baja keluar daripada tong....oleh kerana makcik bendi takde mata drill 16mm.....makcik bendi pakai screwdriver aja.........nak tahu macamana.....tengok gambar kat bawah......




Panaskan screwdriver atas dapur gas.....lepas tu cucuhkan pada tong....... sambil-sambil tu boleh ukur elbow 16mm dah boleh masuk tak.......bila dah boleh masuk.....kita dah boleh stop.........



Set up lokasi projek


Bila dah siap tebuk lubang tu.....
Makcik bendi terus letak tong air kat lokasi cadangan penanaman......letak depan rumah....plag dekat dan boleh merangkap jadi hiasan......orang tanam bunga depan rumah......makcik bendi tanam sayur...🤭🤭🤭.....cukuplah kerja untuk sehari ni.......inipun dah berpeluh nak mengerjakannya......nak masukkan paip ke connector tu pun boleh tahan sakit tangannya....kena pastikan tolak habis supaya air baja tak terkeluar nanti


28 JUN 2021

Cocopeat block



Medium penanaman untuk projek fertigasi ni makcik bendi guna cocopeat sepenuhnya......jadi, kerana nak guna banyak......makcik bendi beli cocopeat block 5 kg ni............boleh muat dalam 6 polibeg saiz 16x16........…....lebih berbaloi daripada beli yang guni tu......



Cara guna cocopeat block



Cocopeat block ni adalah sabut kelapa yang telah dimampatkan.......jadi untuk menggunakannya kita perlu rendam dalam air dulu supaya dia mengembang dan jadi  mudah dileraikan............yang makcik bendi buat......rendam dalam air semalaman dalam besen .......esoknya baru makcik bendi leraikan dan masukkan dalam polibeg...........




Cocopeat block yang telah kembang



Inilah rupa cocopeat block yang telah kembang dan sedia untuk dimasukkan ke dalam polibeg..........

FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...