Ahad, 1 September 2019

PERMULAAN

Hari ni makcik bendi nak buat intro tentang minat baru makcik bendi iaitu menanam pokok. Angan-angan makcik bendi nak jadikan kawasan keliling rumah sebagai edible garden gitew. Hahaha.....jangan marah. Moga angan-angan jadi kenyataan.....ameen.

Bukan apa.....makcik bendi sayang tengok sayur-sayur yang makcik bendi beli tiap-tiap minggu tu layu tak bermasak dalam peti sejuk......sudahnya ke tanah semula perginya. Jadi makcik bendi fikir kalau dimanfaatkan tanah sekangkang kera yang ada di sekeliling rumah taklah sakit mata makcik bendi tengok pembaziran berlaku saban minggu ye tak.......

Jadi kalau angan-angan makcik bendi jadi kenyataan lepas ni bolehla petik aja dari keliling rumah bila nak guna untuk memasak........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FERTIGASI

 Projek PKP 3.0 makcik bendi ialah belajar memasang set fertigasi...... Makcik bendi terpanggil nak try kaedah fertigasi ni sebab berbanding...